Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2

Assalamualaikum ... Tadi nina duduk ...  pastu tetiba org kecoh cakap pasal novel Adam & Hawa 2... wah nina ni tgh excited ni ... maklumlah nak kumpul duit nak beli novel Dekatnya Cinta cam kat bawah ni... tapi novel Aisya Sofea kali ni boleh dikira banyaklah konflik lah jugak... tapi apa-apa pon nina nak beli jugak novel ni walaupon duit nina habis.. so sad :'( oklah kalau korang nak tau pasal novel ni lebih lanjut just tengok sinopsis kat bawah



Harga : RM 26.00
Halaman : ~ 656
Berat : 700 gm
Tarikh Terbit : 25 Ogos 2013

Sinopsis
Doa Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali.

Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya, Adam melafazkan talak.

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.

Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati. 






Share this:

CONVERSATION

0 Comments:

Post a Comment