Setiap yang hidup pasti merasai kematian :')

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ۞
Firman Allah: "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Surah Ali ‘Imran ayat 185).

Allah.. itu saja kalimah yang dapat aku katakan :')

Bila aku ulang2 baca Surah Ali ‘Imran ayat 185' aku rasa macam nak menangis , aku tak tau kenapa. sebak mungkin? :') Surah ni membuatkan aku teringat kepada kawan aku dan kucing kesayangan aku yang telah meninggal. 'Kucing pun nak letak ke?' haruslah sbb aku sayang gila kat kucing aku a.k.a mok hehe.

Kawan baik aku, Aisar. Bila aku dapat tahu yang dia meninggal last year, aku rasa macam nak pengsan je. Rasa macam nak meraung pun ade sbb aku tak percaya yang dia dah pergi sedangkan baru sehari sebelum tu kitaorang contact. Kitaorang dah jarang jumpa sbb dia dah menetap dekat Australia but as bestfriend dia mesti arr kitaorang selalu contact kan? and ...

#throwback
hari tu, aku contact dia then mak dia yg jawab. Aku pelik jugak, maybe dia tengah mandi kot mmm okey. Then bila aku tanya mane aisar? tetiba mak dia menangis, pelik2. Aku tanya je kot! takkan sampai mcm tu sekali mak dia nangis? aku salah cakap ke? err, aku dah cuak gila ni sbb tetiba je mak dia nangis, macam aku buat salah pulak. After that aku tanya mak aisar 'kenapa mak cik nangis ni? Nina ade buat salah ke?' then mak aisar jawab 'tak, nina tak buat ape2 pun, cuma Aisar ngan Irfan, diaorang dah meninggal'  sapppp rasa mcm masa terhenti... then aku tanya kenapa? mak dia ckp, diaorang kemalangan. Then terus aku ucap perlahan ' innalillahiwainnailaihirojiun, Takziah makcik, maaf sbb tanya..okeylah makcik saya ade keje nak buat ni Assalamualaikum ' then ibu aisar jawab salam aku. After that bermulalah drama air mata :'(

Okey stop! sedih pulak aku haha :'D and pasal kucing kesayangan aku tu, aku ade cite dulu..malas pulak nak cite lagi hehe

Allah sentiasa menguji kita sbb Allah nak menilai kita. Jadi, kita sebagai hambanya haruslah tabah dalam menghadapi dugaannya :) 

okeylah, aku pun rasa mcm nak nangis balik ni hehe :'D kalau aku ada masa next time kita story lagi yee? Assalamualaikum.

Share this:

,

CONVERSATION

1 Comments: